#navbar-iframe { height: 0px; visibility: hidden; display: none; }

Khamis, 19 November 2009

SENARAI NAMA PELAJAR 5A UPSR

1.Adha Aiman Mustaqim
2.Ahmad Jalaludin Bin Zakaria
3.Alexander Azlan Bin Muhamad Bernard
4.Alif Izlan Bin Yusof
5.Arvinderan A/L Balakumaran
6.Cheah Wei Heng
7.Dinesh Rajan
8.Edwin Tan Tjin Shuen
9.Jonathan Yuen Jun Xian
10.Joshua Leong Wen Tze
11.Kugaan A/L Ramachandran
12.Muhammad Asjad Al Amin Bin Zamree
13.Naiman Hakim Bin Khairul Anuar
14.Navindran All Ravichandran
15.Ong Guo Lun
16.Shafeeqrahman Bin Mohamed Ali
17.Syed Ahmad Wali Bin Syed Abdull Wahab
18.Wong Yoong Shen

Moga dapat menjadi perangsang kepada murid-murid lain.

Read more...

Isnin, 2 November 2009

Download Borang Permohonan SMKA, KRK

Sila klik disini untuk download borang permohonan ke SMKA, KRK, dan KAA

Read more...

Rabu, 28 Oktober 2009

KURSUS KSPK KINI DIBUKA


KURSUS DALAM PERKHIDMATAN KURSUS SIJIL PERGURUAN KHAS (KSPK) SATU TAHUN AMBILAN JANUARI 2010.
Sesiapa yang berminat, sila klik gambar di atas untuk membuat permohonan.
Tarikh Tutup Permohonan ialah pada 16 November 2009.

Read more...

Isnin, 26 Oktober 2009

KEPUTUSAN PTK OGOS 2009

Untuk menyemak keputusan PTK, sesi Ogos 2009, sila klik pada gambar di bawah:


Selamat Berjaya.....

Read more...

Rabu, 21 Oktober 2009

PELAJAR ISTIMEWA


Beliau adalah pelajar OKU, yang menggunakan kakinya untuk menulis.
Biodata Pelajar:

Nama: Nor Umairah bt Ahmad Jamhari
Hobi: Membaca Dan Mendengar Radio
Cita-cita: Pensyarah & Saintis
Subjek Yang Diminati: English,Sains Dan Matematik
Tarikh Lahir:28 Mac 1992
Tempat Lahir:Hospital Teluk,Intan
No I/C : 920328-08-6068
Idola:Dato’Seri Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi
Nama Ibu:Pn.Sanisah Bt Mohamed(Suri Rumahtangga)
Nama Bapa:En.Ahmad Jamhari B Daud(Guru)
Bil.Adik Beradik:2 Orang
Pencapaian: UPSR :5A (2004), PMR:8A (2007)


Kejayaan Beliau:

Mendapat pelajar keseluruhan terbaik UPSR 5A,tingkatan 2 dan 3 keseluruhan terbaik dan Cemerlang 8A dalam PMR 2007. Mendapat tempat kedua Bahas Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Hilir Perak dan Mendapat Anugerah Khas Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan 2007.
p/s - Moga catatan ini menjadi pendorong dan semangat kepada murid2 di SMI2. Umairah yang serba kekurangan dari segi fizikal pun boleh berjaya, kenapa kita TIDAK?

Read more...

PERMOHONAN KE TING 1 SMKA, KAA, KRK




Read more...

PKSR 2, 2009


KLIK PADA GAMBAR DISEBELAH UNTUK MELIHAT DENGAN JELAS JADUAL PKSR 2, 2009

Read more...

Selasa, 20 Oktober 2009

Gempar 35 Sejadah Berdiri di Surau

20 OKT 2009, Selasa.
( Petikan Berita Malaysiakini.com )

Warga SK Tok Sangkut di Pasir Mas gempar apabila 35 helai sejadah di dalam surau didakwa berdiri secara misteri dengan sebahagiannya menyerupai individu sedang menunaikan solat.

Kejadian itu disedari seorang murid yang kemudiannya memaklumkan kepada gurunya Adnan Abdullah, 37, ketika sesi pembelajaran dijalankan berhampiran surau berkenaan.

"Kejadian berlaku pukul 10.40 pagi, ketika saya menjalankan sesi pembelajaran di luar kelas disebabkan kelas sedang diubahsuai, seorang murid yang terpandang ke arah surau memberitahu sejadah kelihatan berdiri," katanya kepada pemberita di Pasir Mas hari ini.

Adnan berkata beliau kemudiannya membuka pintu surau dan amat terkejut melihat sebanyak 35 helai sejadah dalam keadaan berdiri iaitu 16 helai di bahagian lelaki dan 19 lagi di bahagian perempuan.

"Lebih aneh lagi apabila satu helai lagi berada di bahagian hadapan sekali iaitu di tempat imam dalam keadaan yang sama menunjukkan seolah-seolah sedang melakukan solat secara berjemaah," katanya yang telah mengajar di sekolah berkenaan sejak tujuh tahun lalu.

Menurut Adnan, beliau percaya kejadian itu membuktikan keagungan Allah yang mahu umatnya bermuhasabah diri.

"Bagaimanapun ia terpulang kepada tafsiran individu, bagi saya tak mungkin perkara ini dilakukan oleh manusia kerana tempoh semua sejadah dalam keadaan demikian lama," katanya.

Beliau berkata pada bulan Ramadhan yang lepas perkara yang sama turut berlaku di rumah penduduk kampung berkenaan apabila sehelai sejadahnya turut berdiri sendiri.

Manakala bagi pembantu penguasa pejabat agama Pasir Mas, Kamarudin Zakaria yang ditemui di situ berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menggemparkan penduduk setempat.

"Ia terpulang kepada tafsiran setiap individu untuk menganggap ia perkara ajaib atau sebagainya, tetapi bagi saya perkara-perkara sebegini boleh memesongkan akidah seseorang," katanya.

Kamarudin berkata pihaknya akan memaklumkan perkara berkenaan kepada jabatan agama dan jika sejadah masih dalam keadaan demikian sehingga esok, pihaknya akan mengambil tindakan yang perlu.

Sementara itu, kawasan sekolah berkenaan sesak dengan orang ramai yang ingin melihat kejadian itu dari dekat. BERNAMA

Read more...

BUKU PELAWAT

Halwa Telinga



  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO